Ad Code

Had laju di semua Jalan Persekutuan, Jalan Negeri Dikurangkan 10km/jam


Awas semua pemandu kenderaan. Mulai 12 Ogos ini sehingga 26 Ogos 2012, semua had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri telah dikurangkan sebanyak 10 km/jam. Jadi beringat-ingatlah semua pemandu bahawa anda tidak boleh memandu mengikut kelajuan seperti dulu lagi untuk sekurang-kurangnya selama dua minggu.


Had  laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk menyambut Aidilfitri. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.

Sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.

"Kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah serta kematian akibat kemalangan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan semalam.

Kong berkata semua kenderaan barangan yang membawa muatan berat bukan bekalan keperluan harian juga dilarang menggunakan lebuh raya di seluruh negara pada 17 dan 18 Ogos serta 25 dan 26 Ogos. 

Sumber: (Bernama)

Post a Comment

0 Comments