Ad Code

Tip Berjimat Ketika Melancong



  1. Mengelakkan godaan membeli-belah cenderamata yang berlebihan.  Kedai-kedai cenderamata memang banyak terdapat di kebanyakan destinasi pelancongan. Membeli cenderahati akan memberikan kita sedikit pengalaman perjalanan untuk dikongsi dengan rakan dan keluarga. Walau bagaimanapun elakkan membeli cenderahati yang mahal terutama yang di jual di kawasan pelancongan. Apa yang anda boleh lakukan ialah melawat pasar-pasar tempatan dan membeli barang-barang rumah seperti kopi tempatan atau cenderahati buatan sendiri. Mengambil banyak gambar cara lain untuk memelihara pengalaman anda untuk berkongsi dengan orang lain tanpa perlu membelanjakan wang yang terlalu banyak.

  2. Menghadkan makan di restoran.  Ketika melawat negeri atau negara lain, sudah semestinya anda ingin merasai makanan tempatan. Walau bagaimanapun cuba hadkan makan di restoran supaya anda boleh mengurangkan perbelanjaan anda dengan seberapa banyak yang boleh. Saya syorkan supaya anda membeli atau membawa makanan sendiri seperti roti, susu, dan sebagainya. Lagipun pergi melancong bukan untuk makan tapi merasai pengalaman di tempat lain. Kalau anda memilih homestay, carilah yang ada kemudahan memasak supaya anda boleh berjimat dan boleh gunakan wang lebihan untuk membeli barangan lain yang lebih perlu.

  3. Ambil pengangkutan awam seboleh mungkin. Sekiranya anda melancong dalam kumpulan yang kecil, lebih baik gunakan pengangkutan awam kerana ianya lebih menjimatkan. Walau bagaimanapun sekiranya anda melancong bersama keluarga pengangkutan awam mungkin kurang sesuai terutamanya jika ada budak kecil.

  4. Meninggalkan telefon bimbit anda di rumah dan Skype atau e-mel sebaliknya.  Sekiranya terdapat kemudahan ini lebih baik gunakannya kerana menggunakan telefon bimbit adalah lebih mahal.

  5. Jangan malu bertanya. Anda mungkin tidak mengetahui latar belakang tempat yang anda lawati. Rajin-rajinlah bertanya dengan orang tempatan kerana kemungkinan mereka boleh menunjukkan kepada anda tempat yang lebih murah untuk membeli cenderahati, tempat penginapan dan makan.

  6. Penggunaan wang tunai. Seboleh mungkin gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan. Anda mungkin dikenakan faedah atau caj yang tinggi jika menggunakan kad kredit yang hanya akan menambah belanjawan pelancongan anda.

Post a Comment

0 Comments