Ad Code

Puasa Di Bulan Ramadhan - Ganjaran Bagi Yang Berpuasa Ikhlas Kerana Allah.

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu dari rukun islam yang 5. Sebagai orang islam yang beriman wajib bagi kita untuk menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan jika cukup syaratnya. Syarat-syarat wajib berpuasa ada lima iaitu:
  1. Islam - tidak wajib berpuasa bagi orang islam dan tidak sah puasanya jika mereka berpuasa.
  2. Cukup umur (aqil baligh) - kanak-kanak belum cukup umur tidak diwajibkan puasa
  3. Berakal (siuman) - tidak wajib berpuasa bagi orang yang tidak siuman atau gila
  4. Berkuasa atau berdaya berpuasa - tidak diwajibkan berpuasa bagi yang sakit yang boleh mendatangkan bahaya atau bagi orang tua yang terlalu uzur.
  5. Bermukim - boleh berbuka bagi orang yang bermusafir yang melebihi 2 marhalah tetapi wajib qada' puasa.
Niat puasa di bulan Ramadhan.

  1. Niat untuk sebulan berpuasa   


  2. Niat puasa setiap hari


  3. Doa ketika berbuka puasa

Antara hadith2 mengenai kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan adalah seperti:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Hadith Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasai


حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Daripada Abdur Rahman bin Awf, sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya.

Hadith Riwayat al-Nasai, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi.

Ganjaran bagi orang berpuasa.
  • Pintu Syurga di buka dan ditutup pintu neraka.
  • Diampuni dosanya yang telah lalu
  • Pahala berlipat ganda - segala amalan anak adam akan digandakan pahalanya antara 10 kebajikan hingga 700 kebajikan.
  • Jauh dari api neraka
  • Perisai dari siksaan
  • Beroleh 2 kegembiraan - gembira apabila berbuka puasa dan gembira bila bertemu tuhannya kelak kerana ia berpuasa
  • Doa sangat mustajab - tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang bermusafir.
  • Masuk dalam syurga Ar Rayyan - pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa akan memasukinya (dan) tidak seorangpun selain mereka yang akan memasukinya

Post a Comment

0 Comments