Ad Code

Bank Rakyat Umum Dividen 20%

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman bonus dari Bank Rakyat. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pelabur Bank Rakyat telah menerima bonus yang agak lumayan dan pada tahun ini bonus yang diumumkan juga agak besar iaitu 20% sebagaimana yang saya dengar di berita Sinar FM jam 4.00 ptg tadi. Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak 5% berbanding tahun lalu sebanyak 15%. Bonus yang diberikan adalah dalam bentuk tunai sebanyak 15% dan 5% lagi adalah dalam bentuk saham.

Nampaknya Bank Rakyat masih mengekalkan reputasi sebagai salah satu pelaburan yang memberikan pulangan yang agak lumayan kepada pelaburnya. Yang pastinya pelaburan di Bank Rakyat juga memenuhi tuntutan syariah.


Post a Comment

0 Comments