Thursday, January 5, 2012

Tuan Homestay

Asam Pedas Melaka, Sekali Rasa Pasti Berselera

Mencari restoren yang menyajikan masakan melayu bukan sesuatu yang susah di Melaka. Kebanyakan restoren menyajikan masakan tradisional Melaka yang terkenal dengan asam pedas tetel, cencalok, ikan bakar dan berbagai hidangan lain yang akan membuka selera anda. Untuk yang gemarkan makanan nasi kandar atau beriani, terdapat beberapa restoren yang terkenal dengan menu nasi kandar dan juga beriani. Antara restoren yang menyajikan masakan melayu, nasi kandar dan beriani ialah seperti berikut.

http://jakmashomestay.blogspot.com
Bila melancong bawa kamera
Tak ambil gambar memang rugi
Asam pedas membuka selera
Sekali makan nak lagi

http://jakmashomestay.blogspot.com
Jalan kaki sambil bertongkat
Rambut terurai lalu disikat
Beriani gam memang memikat
Habis makan rasa melekat

http://jakmashomestay.blogspot.com
Orang dulu membawa gandar
Paki singlet pun dah banyak yang koyak
Kalau teringin nasi kandar
Cari restoren mamak di Melaka ni banyak


No. Senarai Restoran Yang Menyajikan Masakan Melayu Sajian
1 Restoran Subaidah Nasi Kandar
2 Restoran Lot 35
3 Restoran Lot 85 Beriani dan Melayu
4 Restoran Mahligai
Tingkat Bawah, Bangunan Pusat Penerangan Pelancong
Jalan Kota, 75000 Melaka
5 Restoran Selera Pandan
6 Restoran Alihar
19, Jalan Melaka Raya 13

Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
7 Restoran Amin
23, Jalan Melaka Raya 11
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
8 Restoran Ole Rasa 
264, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
9 Restoran Pelantar Gemilang
10 Restoran Budi Jaya
308, Jalan Tun Ali, 75300 Melaka
11 Restoran Cahaya Mawar
334, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
12 Restoran Anjung Muara
13 Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru
Umbai Baru, 77000 Jasin, Melaka
14 Medan Ikan Bakar Umbai
Pengkalan Pernu, Umbai, 75600 Melaka
15 Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak
16 Medan Ikan Bakar Anjung Batu
17 Medan Ikan Bakar Serkam
18 Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan
19. Restoren Beriani Power
Tesco Melaka
Beriani
20. Restoren Ikan Bakar Malim
Malim, Melaka
21. Medan Selera
Tesco
22. Medan Selera
Jaya Jusco
23. Medan Selera
Dataran Pahlawan
24. Medan Selera
Mahkota Parade
25. Hang Tuah Mall
Terdapat 3 restoren masakan melayu dan 3 restoren nasi kandar. Selain itu terdapat juga medan selera di Plaza Usaha One tetapi hanya dibuka untuk sarapan pagi hingga makan tengahari.

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.