Ad Code

Penyu - khazanah kita

kesidang homestay bandar melaka
Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting
Melaka merupakan antara kawasan pendaratan penyu karah serta tuntung laut yang penting di pantai barat Semenanjung Malaysia. Kawasan ini mempunyai populasi penyu karah yang paling besar di Semenanjung di mana hampir 200 hingga 300 sarang direkodkan setiap tahun. Species penyu karah dianggap yang paling cantik kerana corak cengkerangnya yang perang keemasa.

Penyu adalah merupakan sejenis haiwan yang unik. Terdapat 7 jenis penyu di dunia ini dan 4 darinya mendarat dan bertelur di pantai Malaysia. Namun begitu bilangan penyu semakin lama semakin berkurangan dan langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan spesies ini tidak pupus.

4 jenis penyu yang mendarat dan bertelur di pantai malaysia adalah penyu belimbing, penyu agar, penyu lipas dan penyu karah.

homestay kesidang bandar melakaPenyu Belimbing

Antara penyu yang terbesar di dunia. Saiz badannya boleh mencapai 2 m dan seberat 500 kg. Badannya ditutup cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik. bahagian atas mulutnya melengkung untuk memudahkan penyu ini menangkap obor-obor iaitu makanan utamanya.

Musim bertelurnya antara Mei-Ogos dan boleh menghasilkan  antara 60 - 120 biji telur setiap kali peneluran. Telurnya bulat dengan kulit yang lembik dan bergaris pusat5 - 6.5 cm. Penyu ini banyak terdapat di Terengganu dan Pahang.

kesidang homestay bandar melakaPenyu Agar

Penyu agar juga dikenali sebagai penyu hijau kerana kandungan lemaknya yang berwarna hijau. Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman. Hanya penyu jenis ini sahaja yang mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya. Saiz badannya lebih kurang 1.2 meter serta boleh mencapai berat sehingga 270 kg. Makanan utamanya berupa rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya antara bulan april - september dan boleh menghasilkan antara 100 - 140 biji telur setiap kali bertelur. Telurnya juga bulat dan lembik dan bergaris pusat 5.0 cm. Penyu ini boleh dijumpai di kebanyakan negeri kecuali Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Perlis.

Penyu Lipas

kesidang homestay bandar melakaPenyu lipas adalah antara penyu yang terkecil sekali di dunia di mana saiz purata penyu ini hanyalah antara 15 - 65 cm dengan berat badanya boleh mencapai 50 kg. Warna badannya gelap atau hijau buah zaitun. Makanan utamanya ialah ketam, udang dan kerang-kerangan kecil. Musim bertelurnya antara Mac - Jun dengan purata 100 biji telur setiap kali bertelur. Telurnya juga bulat dan lembik dan bergaris pusat 4.0 cm. Penyu ini boleh dijumpai di Terengganu dan Pahang.

Penyu Karah

Juga dikenali sebagai penyu sisik kerana susunan kulitnya yang bertindih, menampakkan seperti bersisik dan berwarna coklat tua atau kuning dan coklat. Saiz badannya sederhana dan jarang melebihi 1 m. Berat badannya boleh mencapai 75 kg.

kesidang homestay bandar melaka


Bentuk mulutnya seperti paruh burung helang. Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di terumbu karang. Musim bertelurnya antara Mac - Jun dengan purata 130 biji telur setiap kali bertelur. Telurnya juga bulat dan lembik dan bergaris pusat 5.0 cm. Penyu ini boleh dijumpai di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Serawak.

Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting, Melaka.

Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting di bawah naungan Jabatan Perikanan Malaysia telah mula beroperasi sejak 1980 lagi. Antara aktivitinya ialah melindungi, memulihara dan mengurus species Penyu Karah dan Tuntung Laut di negeri Melaka yang kini diancam kepupusan.

Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting
Tel: 06-3846754

Jabatan Perikanan Negeri Melaka
Tel: 06-3172485

Bagaimana anda boleh menyelamat dan melindungi penyu.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:
  • Jangan makan telur penyu
  • Jangan musnahkan habitat semula jadi penyu
  • Hentikan penggunaan peralatan menangkap ikan yang boleh menangkap dan membunuh penyu secara tidak sengaja
  • Cegah tumpahan minyak dengan segera
  • jangan membuang sampah terutama bungkusan plastik ke dalam laut
  • Jangan melakukan aktiviti yang boleh menggangu penyu mendarat untuk bertelur.

Post a Comment

0 Comments