Tuesday, January 17, 2012

Tuan Homestay

Melaka tersenarai antara tempat yang perlu dilawati pada 2012 oleh New York Times.



Tapak Warisan Dunia menjadi pilihan pelancongan.

Dengan terusan berlampu tanglung dan senyap, jalan-jalan sempit yang dipenuhi dengan tokong yang berdekad lamanya serta deretan rumah kedai yang lama, tidak banyak tempat di Asia Tenggara yang menimbulkan imej romantis masa lalu dengan berkesan sebagaimana Melaka, bandar tertua di Malaysia. Bekas jajahan Portugis, Belanda dan British, tapak Warisan Dunia yang mendapat pengiktirafan Unesco kini menarik begitu ramai pelancong yang terpesona dengan seni bina luar biasa dan masakan, yang mencerminkan pengaruh asing yang telah bertapak berabad lamanya.

Sementara itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kerajaan negeri menyambut baikpenyenaraian itu yang dilihat sebagai bukti kesungguhan kerajaan negeri dalam mempromosikan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan utama di rantau ini.

"Penyenaraian ini juga merupakan satu pengiktirafan besar kepada negeri ini yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Bandaraya Warisan Dunia oleh Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar keuda berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) itu yang turut disiarkan oleh pelbagai media menerusi online di sini semalam.

Menurutnya, dalam laporan itu, Melaka diletakkan di tempat ke 28 dan antara lokasi lain di Asia yang turut disenaraikan ialah Lhasa (Tibet), Halong Bay (Vietnam), Moganshan (China), Kerala (India), Koh Rong (Kemboja dan Korea Selatan.

Katanya, kerajaan negeri akan terus berusaha gigih dan berharap seluruh rakyat di negeri ini turut sama berganding bahu dalam memelihara tempat-tempat warisan bagi memastikan Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.


Utusan Malaysia 11 Januari 2012



Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.