Monday, January 30, 2012

Tuan Homestay

Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Bilakah sebenarnya ia bermula?


"Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 1- dan awal abad ke 16 merupakan kemuncak perkembangan ketamadunan Melayu di rantau alam Melayu yang telah wujud sejak zaman Kerajaan Srivijaya lagi iaitu pada abad ke 7 masihi. Sejarah Melayu telah menggambarkan Melaka sebagai sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil di bawah susunan pentadbiran yang cekap dan teratur. Melaka telah dibuka oleh Parameswara pada tahun 1262 dan telah berkembang pesta sehingga menjadi pusat perdagangan yang terkenal di seluruh dunia. Kehebatan kesultanan Melayu Melaka dalam mengurus pentadbiran, politik dan perdagangan telah menjadikan Melaka sebagai destinasi utama para pedagang dari Arab, India dan China. Sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara dan di Timur, kedudukan strategik Melaka juga telah menjadio sasaran kuasa-kuasa besar dunia pada masa itu termasuk Portugis dan Belanda serta Inggeris."

Petikan dari Sekapur Sireh Seminar 750 Tahun Melaka Merentas Zaman.

Bilakah sebenarnya Empayar Melaka bermula? Di dalam buku teks sejarah, empayar Melaka bermula pada tahun 1400 sedangkan di seminar ini Melaka telahpun bermula lebih awal dari itu iaitu pada tahun 1262. Jadi mana satu tarikh yang sebenar?

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Daddy Zuki
AUTHOR
January 30, 2012 at 8:21 PM delete

salam bro. ntah la sy x tahu nak cakap. sama2 ahli sejarah pun boleh bertelagah tgh tarikh sebenar ni...

Reply
avatar
January 31, 2012 at 3:24 AM delete

khilaf juga ya.. kita layman ni manalah reti bab2 ni . yang pasti memang dah lama :)

Reply
avatar
muhalith hpa
AUTHOR
January 31, 2012 at 4:08 AM delete

Tapi masing2 ada bukti tersendiri. Sbb tu sejarah ni sesuatu yg dinamik

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 2, 2013 at 7:20 AM delete

Kalau da cmfrm trkh 1262 tu nape x rombak semula sejarah melaka?ke msg2 ade kpntgan sdri?

Reply
avatar
January 2, 2013 at 4:28 PM delete

Masing2 punya alasan dan bukti utk menyokong pandangan mereka. Yg kelirunya kita...

Reply
avatar
Krish G
AUTHOR
January 6, 2015 at 9:34 AM delete This comment has been removed by a blog administrator.
avatar

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.