Ad Code

Pelancongan Warisan - Kampung Chitty

Kampung Chitty yang terletak di Jalan Gajah Berang dan telah dibuka pada tahun 1770. Masyarakat Chitty telah mula berpindah ke sini daripada kawasan Kampung Kling, Jalan Tukang Emas setelah kuil Darma & Amman dibina di sini.  Masyarakat Chitty wujud semasa pemerintahan Parameswara dan kebanyakan mereka merupakan kumpulan pedagang yang datang dari Pantai Koromandel, Kalingapatnam, Selatan India dan Tamil Nadu.  Kaum Chitty menganut agama Hindu. 

Tanah di Kampung Chitty berada di bawah hakmilik dan pentadbiran “Trust Deed” atas nama SPVM Temple pada 12 Mac 1962. Pada masa kini, terdapat 33 buah rumah di Kampung Chitty (termasuk 6 buah di seberang Jalan Gajah Berang). Pekerjaan utama masyarakat Chitty kini adalah pesawah padi dan nelayan.

 





Post a Comment

0 Comments