Ad Code

Pelancongan Warisan - Kampong Morten

Kampung Morten telah dibuka pada tahun 1922 merupakan antara produk pelancongan warisan yang paling terkenal di Melaka.  Terletak hanya kira-kira 3 km dari Kesidang Lia homestay Bandar Melaka atau lebgih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta.

Dengan keluasan 5.02 hektar, Kampung Morten menempatkan 100 buah rumah dan sebuah surau dengan penduduk 600 orang.  Kampung Morten adalah sebuah kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Kampung ini telah diterokai oleh Datuk Othman Md. Nor.

Berdasarkan sejarah, kampung ini dikenali sebagai Kampung Baru kerana penduduk asalnya adalah daripada Kampung Jawa yang terpaksa berpindah kerana tekanan pembangunan.  Penduduk telah menemui Kampung Morten yang ketika itu dimiliki oleh Abdullah Maarof dan Pak Khalil.  Kerana ketiadaan wang, salah seorang penduduk telah berjumpa dan meminjam wang daripada pegawai daerah iaitu J.F. Morten setelah tuan tanah bersetuju untuk menjual tanah tersebut dengan harga RM 10,000.00.  Sebagai mengenang jasa pegawai daerah berkenaan, kampung itu dinamakan Kampung Morten dan ianya berkekalan hingga kini.



 






Post a Comment

0 Comments