Wednesday, December 14, 2011

Tuan Homestay

Muzium Islam Melaka

Muzium Islam Melaka terletak di Jalan Kota, hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Stadthuys berhadapan Ibu Pejabat Polis Pelancong Negeri Melaka. Muzium ini dibina pada tahun 1850 yang telah mencatatkan pembangunan Islam di Semenanjung dan di rantau Asia Tenggara. Bangunan ini telah diwartakan sebagai antikuiti oleh Akta Antikuiti 1976.

Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran dengan setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Bahan pamerannya disusun mengikut kronologi untuk memberi pelawat perspektif ringkas tentang kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.



Bahan pameran yang ada disini antara lainnya termasuk kitab suci Al-Quran yang bersaiz besar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Juga terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan juga Al-Quran yang ditulis dengan tangan serta buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam. Di salah sebuah ruang pameran ini terdapat artifak Islam seperti kotak mempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dan senjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.





Terdapat juga pinggan porselin dari Belanda yang diukir dengan tulisan islamik yang menceritakan tentang pendudukan Belanda di Melaka. Di ruang pameran lain, terdapat lukisan masjid-masjid yang ada di Melaka termasuk Masjid Peringgit yang dibina pada tahun 1720. Turut dipamerkan di sini ialah seni ukiran kayu yang menonjolkan kehalusan kaligrafi Islam yang memberi bukti bahawa kemahiran pengukir-pengukir Islam pada masa dahulu. Berdiri megah di kawasan muzium ini adalah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Arab yang menceritakan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi seorang pemimpin Melayu di semenanjung pada abad ke-13.

Banjir besar telah menemukan batu yang mempunyai ketinggian dua kaki di satu tempat hampir 32 batu daripada Kuala Terengganu pada tahun 1902. Sebuah batu bersurat lagi telah di temui di Pasai, Aceh yang dikatakan merupakan batu nesan pemimpin Islam iaitu Sultan Malik Al' Salih yang telah mangkat pada tahun 1297.

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

Homestay Kesidang Lia dan Kesidang Moon menawarkan penginapan yang selesa, murah dan dekat dengan bandar. Homestay dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaam tetamu. Hubungi saya whatsapp/tel 017-9527363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :

Rakan pengunjung yang baik hati. Komen anda amat dihargai.