Ad Code

Bunga Raya dan Kampong Jawa - Shopping Street Becirikan Perniagaan Runcit dan Borong

Kawasan aktiviti peruncitan utama merangkumi Jalan Bunga Raya, kawasan sekitar Kg Jawa dan Jalan Kg Pantai. Kawasan ini bukan sahaja membekalkan pelbagai barang keperluan penduduk di sekitar Daerah Melaka Tengah, malahan ia juga membekalkan keperluan kepada penduduk di Negeri Melaka.


Kawasan shopping street ini sememangnya terkenal dengan kemampuannya dalam membekalkan barangan secara runcit dan borong kepada pembeli. Perletakannya yang hampir dengan kawasan Pusat Bandar Melaka serta kawasan warisan menjadikan ia mempunyai kemudahsampaian yang tinggi serta menjadi tumpuan pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negeri.   Kelebihan-kelebihan yang ada ini menjadikan kawasan-kawasan ini popular sebagai kawasan membeli belah alternatif bagi Daerah Melaka Tengah khasnya dan Negeri Melaka umumnya (selain dari pusat-pusat membeli yang moden)

Post a Comment

0 Comments